Hello apa khabar murid tingkatan 3 SMKUS? Saya harap kamu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Bertemu lagi dengan saya dalam blog ini, terima kasih kerana anda sentiasa mengikuti PdPA ini secara maya.
Hari ini kita akan belajar Pendidikan Moral Unit 10: Hidup Beradap Cerminan Diri dalam buku teks muka surat 146. Murid diminta untuk membacanya dan cuba fahami. Sekiranya murid kurang faham, anda boleh bertanya melalui whatsapp atau terus tinggalkan pertanyaan anda kedalam blog ini pada ruangan komen. Setelah selasai membuat pembacaan dalam buku teks, anda diminta menjawab tugasan yang diberikan.
ADAB?
Setiap majlis mempunyai adab yang tersendiri. Adab merujuk tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan. Adab juga mencerminkan peribadi, identiti dan personaliti seseorang. Adab seperti berpakaian, makan dan bercakap perlu dijaga tidak kira dalam majlis rasmi atau tidak rasmi.
Tugasan:
1. Apakah perbezaan majlis rasmi dengan majlis tidak rasmi?
2. Apakah kepentingan adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi?
3. Apakah kesan sekiranya tidak beradab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi?
Kaedah menghantar tugasan (Pilih salah satu kaedah yang anda rasa senang):
1. Buat dalam buku latihan (hantar gambar ke whatsapp sebagai bukti) 👉 KLIK
2. Jawab tugasan online ini 👉 KLIK
ISI KEHADIRAN ANDA DI SINI 👉 KEHADIRAN 16/4/2020
TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI.............
Comments
Post a Comment