Hello apa khabar murid tingkatan 3 SMKUS? Saya harap kamu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Bertemu lagi dengan saya dalam blog ini, terima kasih kerana anda sentiasa mengikuti PdPA ini secara maya. Hari ini kita akan belajar Pendidikan Moral Unit 11: Hindari Jenayah Kanak-Kanak dalam buku teks muka surat 162. Murid diminta untuk membacanya dan cuba fahami. Sekiranya murid kurang faham, anda boleh bertanya melalui whatsapp atau terus tinggalkan pertanyaan anda kedalam blog ini pada ruangan komen. Setelah selasai membuat pembacaan dalam buku teks, anda diminta menjawab tugasan yang diberikan. JENAYAH? Jenayah secara umumnya bermaksud perbuatan yang menyalahi undang-undang negara. Terdapat beberapa jenis jenayah, antaranya jenayah ringan, jenayah siber dan jenayah berat. Perlakuan jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja pula dikategorikan sebagai jenayah kanak-kanak. KLIK 👉 BUKU TEKS DIGITAL PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 Tugasan: 1. Nyatakan contoh je...
Comments
Post a Comment